Pejabat Rayani Air diserbu?

Gambar Hiasan Sekumpulan 40 wakil penumpang yang tidak dapat meneruskan penerbangan ke destinasi masing-masing kerana penggantungan oper...

Gambar Hiasan
Sekumpulan 40 wakil penumpang yang tidak dapat meneruskan penerbangan ke destinasi masing-masing kerana penggantungan operasi Rayani Air, tampil membuat laporan polis pada Selasa.

Laporan dibuat selepas syarikat penerbangan patuh syariah itu gagal mengembalikan wang tambang dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang dijanjikan.

Selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam, kumpulan tersebut kemudian bertindak menyerbu ibu pejabat Rayani Air di lokasi sama pada jam 3 petang.

Mereka bagaimanapun hampa kerana pejabat berkenaan ditutup lebih awal daripada biasa.

Laporan polis telah dibuat oleh penumpang


Menurut salah seorang penumpang, Nik Azida Nik Mahmood, kumpulan ini mewakili 200 penumpang yang tertipu di seluruh negara melibatkan nilai tuntutan lebih RM150,000.

“Oleh kerana tiada penjelasan mahupun bayaran oleh pihak Rayani Air, saya mewakili kesemua penumpang seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak hari ini membuat laporan polis memandangkan 30 hari bekerja yang dijanjikan Rayani Air telah tamat,” katanya.

Berita selanjutnya : Astro Awani
ps/ - Nak bercuti tak perlu naik flight pun. Jom usha kat sini!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers