Perut membesar ada yang "menumpang"?

Perut ditumpang "kembar" Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi sedikit adalah disebabka...

Perut ditumpang "kembar"


Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan janin kembarnya yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perut sehinggalah terpaksa dibuang selepas berusia 15 tahun. Kes yang menggemparkan negara ini, berkemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia, tetapi bukanlah yang pertama di dunia, malah pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.

Kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi. Rabu lalu, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Shahril, 15, dikatakan berjaya menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital di sini, dan terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’ yang dikeluarkan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.

Sumber terdekat dengan Shahril menceritakan, janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk. Sumber itu berkata, sejak dari kecil, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan berikutan keadaan saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan memandangkan dia tidak pernah rasa sakit.

Pendedahan selnajutnya : Sinar Harian

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers