Resepi mudah ayam tandoori untuk berbuka

Amacam? Mengancam tak?  Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Korang dah fikir ke nak masak apa petang ni untuk berbuka? Kalau be...

Amacam? Mengancam tak? 

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Korang dah fikir ke nak masak apa petang ni untuk berbuka? Kalau belum apa kata korang try resipi mudah dan simple ayam tandoori ni. Sesuai untuk berbuka puasa!


Okay check dapur korang cukup tak barang barang dibawah ni dulu :

1 ekor ayam
1 labu bawang besar (Dikisar)
3 ulas bawang putih (Dikisar)
1 inchi halia - kisar
100 ml plain yogurt
Sedikit pewarna merah (opt)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2  sudu makan serbuk cili (Kalau anda nak lagi pedas, hah pandai pandai la tambah sendiri)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis

Tak terliur ke tengok ayam tandoori ni? Gulp!


Amacam cukup ke tak? Kalau cukup and dah ready bahan bahan, jom tengok cara cara dia pulak. SImple je masak chicken tandoori ni tak serumit yang disangka. Patutlah macha macha relax je masak ayam tandoori ni.

  1. Gaul semua bahan bersama-sama ayam. Perap selama 1 jam minimum. (Lagi lama perap lagi blend well rasa pada ayam tu)
  2. Sediakan pan pembakar. Alas dengan aluminium foil. 
  3. Bakar ayam dalam suhu 160-180 darjah celcius selama 20-25 minit. Balikkan ayam dan bakar semula dalam 10 minit atau sehingga ayam masak.
Ni disediakan jugak tips tips special nak masak ayam tandoori ni ;
  1. Adjust sukatan mengikut cita rasa anda. Eg; Lebih/kurangkan sukatan serbuk cili atau gula.
  2. Untuk mengelakkan ayam terlalu kering, tutup pan pembakar dengan aluminium foil semasa membakar.
  3. Sapu ayam dengan lebihan kuah sebelum bakar dan selepas balikkan ayam.

Hah akak ni pun suka jugak ye dengan resipi ni?
Well kali ni aku sertakan juga beberapa lagi resepi Ayam Tandoori dengan bantuan carian Google. Tapi aku rasa yang number 2 tu power tapi number 3 lagi padu ayam tandoori dia hah!
  1. Ayam Tandoori Sedap
  2. Ayam Tandoori Simple
  3. Ayam Tandoori Kawwww (Pilihan aku!)

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers