Pemandu kereta disaman ketika bermain Pokemon Go

Credit : MGag Walaupun hanya dilancarkan tiga hari lalu di Taiwan, sebanyak 349 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya ...

Credit : MGag


Walaupun hanya dilancarkan tiga hari lalu di Taiwan, sebanyak 349 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang bermain Pokemon Go semasa memandu. Menurut Agensi Polis Kebangsaan, kebanyakan 349 saman yang dikeluarkan sejak Sabtu lalu dikenakan kepada pengguna motosikal. Memetik Shanghaiist.com, bagi kesalahan memandu dan menunggang sambil bermain Pokemon Go serta menghalang lalulintas, Kerajaan Taiwan mengenakan denda sebanyak 3,000 NTD (RM384) bagi pemandu kenderaan, 1,000 NTD (RM128) bagi penunggang motosikal dan 300 NTD (RM38).

Dalam pada itu, Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan turut mengeluarkan amaran di laman Facebook rasmi miliknya berhubung fenomena global ini. "Tangkap makhluk ini, tetapi jangan biarkan kemalangan berlaku kepada anda," katanya dipetik theguardian.com. Sementara itu, Taiwan Railways berkata, ramai orang dikesan menangkap Pokemon di sepanjang landasan kereta api hanya beberapa jam selepas permainan ini dilancarkan di negara itu.

Credit : MGag


Ekoran itu, pihaknya mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk bermain permainan tersebut di landasan di stesen kereta api dan di kawasan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.

Berita selanjutnya : Sinar Harian

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers